smktp gets the job done!


VISI SMKTP


SMK Tok Perdana 

Ke Arah Kecemerlangan 2015



MISI SMKTP


“Melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk melahirkan murid yang gemilang  dalam bidang akademik, ko-kurikulum,  sahsiah dan sukan berpaksikan sistem tadbir urus yang terbaik, telus dan tulus"


PIAGAM PELANGGAN SMKTP

Kami warga SMK Tok Perdana  bertekad dengan penuh rasa tanggungjawab akan:

    * Memberi pendidikan, bimbingan dan kemahiran yang berterusan kepada murid;

    * Memberi perkhidmatan yang mesra, cekap adil dan saksama kepada ibu bapa dan murid;   

    * Sentiasa  mengamalkan budaya kerja sepasukan yang imaginatif,  

       kreatif dan inovatif dalam iklim sekolah yang kondusif;

    * Mematuhi peraturan dan garis panduan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Syukur kehadrat Illahi sekolah ini berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan era globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan melalui applikasi laman web sekolah.  Semua warga SMKTP berbangga dengan kemajuan ini.
Sebagai Pengetua, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.  Justeru itu, usaha ini bertitik-tolak daripada laman web sekolah yang juga merupakan tulang belakang sumber maklumat sekolah boleh diakses secara global di samping ianya lebih cepat, lebih jelas dan menarik.  Ini adalah di antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk memaksimumkan penggunaan ICT dalam mentransformasikan warga sekolah kepada masyarakat bermaklumat (knowledge-based society).
Kepada warga guru, anda bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan, sewajarnya guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lain.
Kepada warga pelajar ambillah peluang ini dan segala kesempatan yang ada untuk meneroka, mengumpul maklumat, menganalisis dan mengapplikasikan dalam pembelajaran anda.  Kepentingan integrasi  teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan lagi.   
Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat.  Oleh itu seharusnyalah warga sekolah menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan untuk menghadapi suasana pembelajaran sepanjang hayat (long-life learning) dan peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had (unlimited learning access). Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Gagasan 1 Malaysia, inisiatif untuk menengahkan Laman Web Sekolah selari dengan pengintegrasian ICT dalam dunia pendidikan adalah tepat pada masanya.  

Akhir kata syabas pada Jawatankuasa Laman Web Sekolah.  Teruskan usaha mengemaskini dan menyelenggara laman web dari semasa ke semasa dengan berkesan. 

Pn. Hjh. Robiah bt Yaakob

Pengetua SMKTP

 

BARISAN PENTADBIRAN 2012

 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.

Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).


Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.

Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.

Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.

PENGETUA-PENGETUA SMKTP

1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )

2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )

3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )

4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )

5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )

6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )

7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )

8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )

9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )

10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )

11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )

12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )

13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )


14. Tn. Hj. Shaifuddin bin Hj. Masduki ( 2006 - 2010 )

15. Pn. Hjh. Robiah binti Yaakob ( 2011 hingga sekarang )

 

 

 Pelajar yang telah mencatat kelulusan 8A

 PELAJAR CEMERLANG PMR 2009. TAHNIAH!.

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola